Kinerja Kerajaan Malaysia Ketika Darurat & Polemik tentang Nova

Suasana kota Kuala Lumpur di saat lock down (foto: Tempo.co)

Oleh: Anjay

Sekian lama tidak menulis, saya diminta mengulas beberapa isu penting terkait perkembangan politik di Malaysia dan Aceh.

Malaysia sekarang masih lagi dalam LOCK DOWN kerana wabah pendemi Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari … Kerajaan Malaysia telah melakukan lock down untuk kali yang ke-3.

Di masa lock down ke-2 dan ke-3, Kerajaan Malaysia mendapat kritikan yang sangat pedas dan diperkirakan tidak menyeluruh secara serius dalam menghadapai wabah pendemik. Ini, kerana di saatnya FULL LOCK DOWN … masih terdapat lebih sejuta pekerja yang masih bekerja, khususnya di sektor pembuatan dan industri. Ini mengakibatkan kes-kes baru terus bertambah dan seperti tidak ada surutnya.

Rasionalnya, kenapa perlu diberikan keizinan untuk terus dibuka, sedangkan sebahagian besar ditutup? Alasan sebagai penggerak ekonomi dan ekonomi tidak terus menguncup adalah sebuah alasan yang tidak kuat dan tidak memberikan sebuah jawaban kepada rakyat Malaysia.

Kilang membuat minuman arak … apakah perlu, ketika LOCK DOWN dilakukan? Apa perlunya minuman arak untuk memenuhi keperluan rakyat ketika LOCK DOWN?

Baca juga: Malaysia Kembali Lockdown Total, Warga Dapat BLT Setara Rp 340 Ribu hingga Rp 1,7 Juta

Baca juga: China Telah Ajukan Hak Paten Vaksin Covid-19 sebelum Status Pandemi Ditetapkan

Kilang pembuatan anak patung apakah keperluannya ketika LOCK DOWN …? Semua menjadi tanda tanya …

Kalau dulu pelbagai kementerian yang mengeluarkan surat izin untuk melakukan sebarang aktiviti, sekarang hanya MITI yang berkuasa penuh untuk mengeluarkan surat izin. Menjadi tanda tanya lagi, apa perlunya kementerian dan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) menjadi pengelola atau seketeriat utama ketika darurat ini.

Kerajaan yang hari ini diketuai oleh parti Perikatan Nasional(PN) nampaknya gagal dalam mengurus negara. Dalam banyak hal, contoh, dalam mengekalkan kuasa mewujudkan “DARURAT” semata-mata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Dengan adanya darurat parlimen Malaysia digantung, sementara alasannya adalah wabak penyakit.

Vaksinasi kepada penduduk Malaysia berjalan dengan begitu perlahan sekali dengan pembelian vaksin pada harga yang tinggi dari harga pasaran.

Kalau dibuat perbandingan negara Kanada yang lebih besar muka buminya dan mempunyai kepadatan penduduk yang hampir sama dengan Malaysia, dapat melakukan pemberian vaksin dalam masa sebulan setengah dengan pencapaian 80 peratus. Di Malaysia, awalnya diletakkan sasaran 200 hingga 250 ribu per hari dan dijangka mencapai 80 peratus pada bulan Ogos.

Malangnya hanya sehari sahaja yang dapat dicapai untuk suntikan vaksin 200 ribu ke atas. Di hari hari lain, ada yang hanya 50 ribuan. Rakyat Malaysia melihat kerajaan PN hari ni tidak serius dan banyak rethorik dalam perlaksanaan penanganan Covid-19.

Dengan tergantungmya parlimen pelbagai hal telah digunakan sewenangnya oleh kerajaan PN hari ini. Pembelian dan pengurusan kewangan negara tidak perlu lagi dibahas dan dibentangkan di parlimen. Jesteru, rakyat tidak tahu berapa jumlah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan.

Banyak asset negara dijual pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran dengan alasan tidak mendatangkan keuntungan. Hutang negara meningkat berlipat kali. Malahan Bank Dunia telah menuruntarafkan ekonomi Malaysia BBB+ tidak lagi A.

Kerajaan Malaysia hari ini jelas  dilihat hanya dikendalikan oleh seorang individu Mentri Kanan. Malahan Perdana Menteri Malaysia seperti tidak berkuasa dan gagal mengelola dan mentadbir negara seperti perdana mentri-perdana menteri sebelumnya.

Majlis Raja Raja Melayu dalam mesyuarat terakhir menitahkan parlimen segera bersidang untuk memastikan demokrasi, keseimbangan kestabilan politik, dan kesejahteraan rakyat. Rakyat Malaysia hari ini sudah penat dan muak dengan tingkah kerjaan yang mengadakan LOCK DOWN tapi sebahagian diberikan kebebasan untuk bergerak.

Dengan tekanan ekonomi yang semakin parah ditambah dengan bantuan yang masih tak kunjung tiba, Kerajaan PN hari ini bukan lagi menjadi harapan rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih adil & cemerlang.

Pilihan raya yang akan mendatang dapat dijangkakan kerajaan PN akan mengecil & kalah teruk atau mungkin juga seperti parti Semangat 46 yang terus terkubur.

Situasi Aceh

Kabar dari teman-teman menyatakan, politik Aceh semakin tenat. Gabenur Aceh berhadapan dengan pihak antirasuah atau dikenali dengan KPK. Segalanya berpunca dari perselisihan faham dan rasa dikhianati oleh sahabat sejati.

Pengunduran diri Bapak Bustami Hamzah menjadi buah mulut dan cerita di kalangan masyarakat Aceh di Malaysia. Seperti yang kita tahu,  Bustami Hamzah adalah rakan karib dan orang yang banyak memperjuangkan Bapak Gabenur Aceh, Nova Iriansyah.

Bustami Hamzah adalah sosok orang yang begitu kuat dan paling berpengaruh dengan jawatan dan kepercayaan Gabenur, memegang jawatan menteri kewangan Aceh dan managing director kepada bank Aceh.

Setelah kedatangan pihak antirasuah secara tiba tiba Nova Iriansyah sekali lagi dikatakan hilang dari radar masyarakat Aceh. Fail dari jabatan perikanan dan kelautan Aceh dengan kod “APENDIKS” menjadi gurauan di kedai-kedai Aceh.

Ada yang mengatakan dia dijangkiti Covid-19 untuk yg ketiga kalinya dan di-lockdown sendiri.

Perlbagai persoalan dan cerita muncul kerana tidak ada klarifikasi dari pihak Gabenur dan pihak berkuasa Provinsi Aceh.

Sebelumnya, Nova Iriansyah banyak membawa juak-juak dan pentaksub-nya ke dalam pentadbiran Provinsi Aceh. Beliau sengaja menggantikan sesiapa juga, mahu pun yang tidak dia kenali.

Mereka yang sudah lama berkhidmat, cemerlang, dan berpengalaman tidak lagi di berikan jawatan dan dipecat. Cubaan membawa sebuah reformasi dengan cara kerakusan kuasa dan mendapatkan sokongan dari juak-juaknya sendiri, bukanlah satu pendekatan yang bijak, kerana yang baru banyak melihat limpahan kewangan dan cara mendapat kemewahan secara songsang.

Salah guna kuasa sering akan berlaku kerana berasa dirinya dilantik secara khusus bukan melalui pengalaman dan etika urus tadbir.

Kisah Gabenur Aceh dan rasuah bukanlah satu cerita baru di kalangan masyarakat Aceh di Malaysia. Sudah banyak kisah-kisah ini berlegar di memori dan lipatan sejarah Aceh. Bagaimana kesudahannya? Kita tunggu dan lihat.

Sehingga itu salam dari seberang.

 

Anjay, pengamat sosial kebudayaan serumpun, menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.